![]() |
|||
BIODATA PENULIS NAMA : SUHAIMI BIN MURTADA PENGALAMAN : Mula menceburkan diri dalam bidang otomotif dalam tahun 1979. Memulakan kerjaya sebagai juruteknik di sebuah jabatan kerajaan setelah menamatkan kursus asas mekanikal dan otomotif selama 6 bulan. Pada awal tahun 1980 di tugaskan di Sabah sebagai juruteknik. Skop tugasan harian adalah meliputi penyelenggaraan rawatan berjadual dan pembaikan kecil bagi peralatan jentera dan kenderaan ringan. Pada pertengahan tahun 1983, beliau sekali lagi mengikuti kursus lanjutan dalam bidang yang sama selama 1 tahun 6 bulan di Institut Teknologi Udara Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setelah tamat kursus, beliau telah ditugaskan di Kuantan Pahang. Bidang tugas yang dipertanggungjawabkan kepada beliau ialah 1. Mentadbir rekod penyelenggaraan dan kerosakan pada peralatan jentera dan kenderaan. 2. Membuat tugasan rawatan berjadual 3. Membaik pulih jentera dan kenderaan ringan dan berat yang rosak. 4. Mengenalpasti kerosakan dan alatganti yang diperlukan bagi setiap kerosakan pada jentera dan kenderaan. 5. Membuat "overhaul" pada kenderaan ringan dan berat Pada tahun 1989 beliau di pilih oleh pihak jabatan untuk mengikuti kursus di Melbourne Australia didalam kepakaran enjin diesel ( D’dec system, Automatic transmission dan Two stroke diesel engine). Sekembalinya dari Australia, beliau meneruskan tugasnya semula di Kuantan Pahang. Pada tahun 1991, beliau sekali lagi dipilih untuk mengikuti kursus " Maintainance and repair Primary Foam Tender for Airport Fire Fighting Vehicle". Pada masa yang sama sebagai wakil kerajaan Malaysia membuat pemeriksaan penerimaan keatas kenderaan tersebut di Belgium. Sekembalinya dari Belgium, beliau ditempatkan semula di Kuantan untuk meneruskan tugasan seperti biasa dan ditambah tugasan dengan mengelolakan kursus untuk meningkatkan kemahiran juruteknik juruteknik yang baru. Pada tahun 1993, beliau ditukarkan ke Pulau Pinang. Bidang tugasnya tidak banyak berbeza semasa beliau di Kuantan. Tambahan tugasnya adalah mengujudkan satu sistem pembelajaran berterusan bagi memantapkan dan meningkatkan kemahiran serta mempraktikkan keselamatan bengkel kepada semua juruteknik pada setiap masa. Pada tahun 2000 saya telah berhenti dari berkerja dengan kerajaan. Saya membuat syarikat perniagaan sendiri. Operasi syarikat kami melibatkan kejuruteraan termasuk pembaikan kenderaan ringan dan berat serta jentera berat. Pihak syarikat telah berjaya membeli sebuah kedai workshop di Butterworth. Oleh kerana usia telah meningkat tua (lebih dari 50 tahun) dan tenaga pun telah banyak berkurangan maka pada tahun 2010 saya mengambil keputusan untuk berehat dari berniaga. Saya terpanggil pula untuk menyebarkan ilmu yang ada melalui penulisan atau pembuatan cd .Bagi peringkat pemulaan saya mengfokuskan kepada pengetahuan peringkat asas. Sasaran utama adalah kepada mereka-mereka yang tidak tahu langsung atau terlalu cetek pengetahuan tentang kereta secara teknikal, pemandu-pemandu, pemilik-pemilik dan peminat-peminat kereta. BAGAIMANA PRODUK INI TERHASIL Pencetus pada penghasilan produk terdahulu, adalah untuk memanjangkan pengatahuan dan pengalaman yang ada agar ianya dapat dimanafaatkan oleh orang lain. Pada percubaan awal, pihak kami telah menerbitkan ebook belajar baiki kereta. Satelah 12 bulan ebook ini berada dalam pasaran, ianya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Namun begitu pihak kami telah membuat kajian semula untuk menambah baik kualiti dan kefahaman pada ebook tersebut. Hasil dari perbincangan dan pengalaman yang lalu, maka ebook ini dirombak dan di perbaharui semula mengikut kesesuaian agar ianya lebih efektif dan praktikal. Produk yang dulunya merupakan sebuah ebook kini telah ditukar menjadi sebuah cd lengkap serta ditambah dengan penerangan yang berbentuk video berserta nota lengkap yang efektif dan bersistematik. Cara ini membolehkan pemilik cd ini memahami dengan lebih praktikal kerana ujudnya tiga cara pembelajaran iaitu cara mendengar, melihat serta nota lengkap berserta gambar. Produk yang berbentuk sebagini adalah merupakan yang julung-julung kalinya diterbitkan dalam bahasa melayu. Saya merasakan ianya mempunyai potensi yang baik untuk berkembang. Saya mengharapkan dalam masa yang panjang ianya dapat mendidik setiap pengguna kenderaan memahami secara teknikal sistem-sistem yang digunakan pada setiap kenderaan. Sebagai contoh sistem brek, steering. transmisi, elektrik dan segainya. Dengan pengetahuan ini setiap pemilik kenderaan atau pemandu dapat membuat penyelenggaran kenderaan mereka sendiri. Pengetahuan ini dapat menjimatkan kos perbelanjaan pengurusan kenderaan. Dalam perangkaan jangka panjang, saya telah diminta oleh pemilik-pemilik dan peminat-peminat kereta untuk mengkaji semula harga cd ini. Satelah membuat kajian dan penelitian terperinci maka saya telah mengambil keputusan untuk mengurangkan harga sabuah cd lengkap ke harga yang saya tawarkan sekarang. (RM 30.00 - semasa tawaran promosi sahaja)
|
|||